Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PPPBD semarakkan bulan Ramadan

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Seramai 100 orang ahli Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) mengikuti majlis khatam Al-Quran yang diadakan di ibu pejabat persatuan berkenaan di Anggerek Desa, hari ini.

    Hadir menyertai majlis itu ialah Naib-naib Yang Di-Pertua Sepanjang Hayat PPPBD, Datin Paduka Hajah Zaharah binti Haji Idris dan Datin Paduka Hajah Jusnani binti Haji Lawie.

    Majlis berkenaan dimulakan penutup tadarus dan khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Pesuruhjaya Kerohanian PPPBD, Hajah Fatimah binti Haji Abdul Ghani.

    Sebanyak tiga kumpulan terdiri daripada ahli jawatankuasa tadbir, pemimpin, pemimpin muda, ranjer puteri dan pandu puteri telah menyelesaikan bacaan masing-masing untuk melengkapkan bacaan kesemua 30 juzuk Al-Quran bagi kumpulan masing-masing.

    Warga PPPBD yang menyertai majlis tersebut.
    Warga PPPBD yang menyertai majlis tersebut.

    Majlis ini merupakan acara tahunan bagi ahli-ahli PPPBD untuk menyemarakkan suasana pada bulan Ramadan, di samping sebagai kaedah mendekatkan diri dengan Al-Quran dan meningkatkan hubungan silaturahim di antara semua ahli persatuan.

    Majlis juga diselajurkan bacaan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan

    Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan diakhiri dengan solat Zohor berjemaah.

    Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim; Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Hajah Viviyanti binti Haji Aji dan ahli-ahli persatuan yang lain.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda