Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Persekutuan Peniaga-peniaga Melayu Brunei (PPPMB), baru-baru ini, telah menyerahkan sumbangan scrub kepada sukarelawan di Klinik Dailisis, Kiarong.
Di samping itu, PPPMB turut menghulurkan sumbangan minuman tin dan makanan ringan kepada sukarelawan yang bertujuan untuk membantu barisan hadapan dan sukarelawan
COVID-19.
Ia juga dilihat sebagai satu bentuk sokongan dan perpaduan daripada PPPMBĀ dalam memerangi pandemik COVID-19.
Hadir semasa penyerahan sumbangan berkenaan di Klinik Dailisis, Kiarong ialah Presiden PPPMB, Dr Haji Abdul Latif bin Chuchu yang kemudiannya turut berkesudian menyempurnakan penyampaian sumbangan yang dikumpulkan kepada wakil sukarelawan di klinik berkenaan.
