Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    PPS dibuka di utara Sarawak, 27 mangsa banjir dipindahkan

    KUCHING, 30 JAN – Situasi banjir yang kembali melanda Sarawak sejak semalam tidak berubah apabila bilangan mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 27 orang  setakat 3 petang ini, berbanding 17 orang pada 11 pagi tadi.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan hanya sebuah PPS di daerah Marudi iaitu Dewan Suarah Marudi, mula beroperasi sejak petang semalam.

    Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak Zon Miri Law Poh Kiong pihaknya berharap paras air sungai di Kampung Padang

    Kerbau, Marudi surut sehingga ke paras yang mengizinkan mangsa pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat ini.

    Situasi banjir yang melanda daerah Marudi kini adalah susulan hujan lebat di daerah itu sejak kelmarin. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...