PPUITM sasar 200 sampel sehari

KUALA LUMPUR, 8 APRIL – Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (PPUiTM) akan meningkat kapasiti makmal ujian sampel saringan dan pengesanan COVID-19 kepada 200 sampel sehari, bermula esok.

Pakar Perunding Patologi (Microbiologi Perubatan) PPUiTM, yang juga ketua pasukan mengendalikan makmal COVID-19, Prof Dr Ariza Adnan, berkata pihaknya telah menjalankan ujian 100 sampel sehari sejak makmal itu mula beroperasi pada 3 April
lalu.

“Seramai 30 petugas termasuk pensyarah, pegawai sains dan ahli teknologi makmal perubatan sedang bekerja dalam dua syif iaitu dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan 2 petang hingga 8 malam,” katanya kepada pemberita di Institut Bioteknologi Perubatan Molekul (IMMB), PPUiTM, di Sungai Buloh, dekat sini, semalam.

Usaha itu adalah untuk meningkatkan kapasiti ujian sampel itu bagi membantu serta meringankan bebanan kerja Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani wabak penyakit itu. – Bernama

Prof Dr Ariza Adnan menunjukkan antara mesin ‘Labculture’ yang merupakan salah satu proses dalam menjalankan ujian pengesanan COVID-19 ketika ditemui pengamal media di Institut Bioteknologi Perubatan Molekul (IMMB), PPUiTM, di Sungai Buloh. – Bernama