Prabowo: Pindah saja ke Antartika, tipu penguin

JAKARTA 19 April – Calon presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengkritik penduga undi sebagai tidak boleh dipercayai dan sepatutnya berpindah ke Antartika supaya ‘boleh menipu penguin’.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika menolak untuk mengaku kalah dalam pilihan raya Presiden (Pilpres) dengan kebanyakan hasil penghitungan cepat penduga undi menyebelahi calon bertahan, Joko Widodo atau Jokowi, serta gandingannya selaku calon Naib Presiden, Ma’ruf Amin yang kini berada di depan tinjauan undi.

Prabowo turut menolak keputusan penghitungan cepat itu.

“Rakyat Indonesia tidak percaya kamu (penduga undi). Mungkin kamu boleh pindah ke Antartika. Kamu boleh menipu penguin,” katanya di depan penyokongnya di sini.

Jumlah penyokongnya agak sedikit hari ini bagi sebuah bandar yang sering menyaksikan rapat jalanan besar-besaran pada masa lalu.

Prabowo menganggap dirinya sebagai pemimpin rakyat semasa kempen presiden, di sebalik kekayaannya dan hubungannya dengan pemimpin korup Indonesia, Suharto yang dijatuhkan dalam 1998. – AFP

Penyokong berdoa semasa perhimpunan bersama calon presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Jakarta, 19 April. Bekas jeneral itu menolak penghitungan cepat undian dan mengkritik penduga undi sebagai tidak boleh dipercayai dan boleh berpindah ke Antartika dan menipu penguin. – AFP