Prabudass catat rekod baharu

KUALA LUMPUR, 5 MEI – Atlet jarak jauh Malaysia, K Prabudass melakarkan rekod baharu kebangsaan acara separuh maraton selepas mencatat satu jam tujuh minit di Festival Maraton Hokkaido-Sapporo 2021 di Jepun hari ini.

Atlet berusia 31 tahun dari Negeri Sembilan itu menamatkan saingan di tempat ke-49 keseluruhan, 29 saat mengatasi rekod kebangsaan yang dilakukannya di Maraton Gold Coast ke-41 di Australia pada 7 Julai 2019 iaitu 1:07:29s.

Di Gold Coast, Prabudass yang juga seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia itu memecahkan rekod berusia 15 tahun apabila menamatkan saingan di tempat ke-29, mengatasi rekod lama milik pelari M Arul Thevar, 1:07:59s yang dilakukan di Ipoh pada 4 Julai 2004. – Bernama