Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Prakrutri diserang kerana rampas suami orang

    Gara-gara menjalinkan hubungan dengan suami orang, pelakon Prakruti Mishra diserang oleh isteri lelaki berkenaan di sebuah jalan di India ketika dia dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang.

    Dalam kejadian tersebut, kereta yang dinaiki Prakruti bersama Babushaan Mohanty yang juga seorang pelakon ditahan oleh isteri lelaki itu iaitu Trupti Mohanty sebelum bertindak mengganyangnya di depan khalayak ramai.

    Prakruti ketika itu cuba mendapatkan bantuan orang ramai namun mereka yang ada di kawasan sekitar hanya menonton dan merakam aksi pergaduhan itu dan video insiden tersebut tular di media sosial.

    Prakruti merupakan seorang pelakon terkenal India dan pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat nasional.

    Aktres itu dan Babusahaan mula rapat apabila mereka berlakon sama dalam sebuah filem beberapa tahun lalu dan sekali lagi digandingkan dalam filem terbaharu berjudul Preman.

    Dalam satu kenyataan, Prakruti mendakwa hubungan Babushaan dan isterinya telah lama bermasalah dan menjelaskan tuduhan dia sebagai perampas adalah tidak benar.

    “Banyak tuduhan dilemparkan kepada saya. Kenapa saya perlu rosakkan rumah tangga mereka sedangkan mereka memang bermasalah.

    “Rantai suami awda dan simpan di rumah jika tidak mahu dia keluar bekerja,” katanya. – Agensi

    Gara-gara menjalinkan hubungan dengan suami orang, pelakon Prakruti Mishra diserang oleh isteri lelaki berkenaan di sebuah jalan di India. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...