Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Prawit dicalonkan bertanding jawatan PM Thailand

    BANGKOK, 27 JAN – Parti memerintah Thailand hari ini menamakan Timbalan Perdana Menteri, Prawit Wongsuwan sebagai calon perdana menteri (PM) dalam pilihan raya umum akan datang.

    Parti Palang Pracharath (PPRP) yang disokong tentera, bersetuju menamakan bekas ketua tentera berusia 77 tahun itu ketika kempen tidak rasmi pilihan raya mula meraih momentum – walaupun belum ada tarikh diumumkan.

    Prawit akan menentang pemimpin semasa, Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha, yang pada awal bulan ini mengumumkan beliau akan mengetuai kempen bagi Parti United Thai Nation yang baru ditubuhkan.

    Prayut sebelum ini merupakan ketua tentera dalam rampasan kuasa 2014 sebelum mengukuhkan kedudukannya dalam pilihan raya kontroversi pada 2019, dan merupakan sekutu rapat Prawit semasa pemerintahan tentera.

    Popularitinya bagaimanapun menjunam dan kerajaan sedang bergelut dengan ekonomi yang lembap selepas pulih daripada wabak COVID yang menjejaskan sektor utama, pelancongan.

    PPRP melancarkan pencalonan Prawit pada acara sederhana di Bangkok yang tidak dihadirinya.

    “Kami mencadangkan Prawit Wongsuwan untuk menjadi calon perdana menteri tunggal parti kami,” kata Timbalan Ketua PPRP, Paibul Nititawan kepada pemberita.

    Parti pembangkang utama, Pheu Thai, dijangka menamakan Paetongtarn Shinawatra – anak perempuan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra – sebagai salah seorang daripada calonnya untuk jawatan perdana menteri. – AP

    Gambar fail Julai 2019 menunjukkan Prawit Wongsuwan (tengah) meninggalkan Rumah Kerajaan selepas mengangkat sumpah bagi kabinet baharu Thailand di Bangkok. Parti memerintah Thailand menamakan Prawit sebagai calon perdana menteri dalam pilihan raya akan datang. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...