P’raya Azerbaijan 9 Februari ini

BAKU, 7 FEB – Azerbaijan dijangka mengadakan pilihan raya awal pada Ahad hampir dua bulan selepas parlimen dibubarkan melalui dekri presiden, lapor agensi berita Anadolu.

Lebih 1,300 calon berdaftar membabitkan 20 parti politik akan merebut 125 kerusi parlimen.  Pilihan raya itu turut menyaksikan lebih 22.5 peratus terdiri calon wanita.

Rakyat akan memilih anggota parlimen untuk tempoh lima tahun. Lebih 65,000 pemerhati antarabangsa dan lebih 800 orang telah diakreditasi untuk memantau pilihan raya itu.

Kempen pilihan raya bermula pada 17 Januari di seluruh negara, dijangka berakhir Sabtu, sebelum pengundian. – Bernama