TRIPOLI, 26 MEI – Perdana Menteri Libya Abdul Hamid Dbeibeh, kelmarin, mencadangkan pilihan raya parlimen diadakan pada penghujung 2022, lapor Agensi Anadolu.
“Selepas pilihan raya parlimen diadakan dan kerajaan baharu dibentuk, saya tidak akan pegang lagi jawatan walaupun seminit,” kata Dbeibeh dalam ucapannya di media sosial.
Beliau menjangkakan pelbagai reaksi berbeza akan diterima daripada kerajaan dan pihak yang tidak sependapat dengannya selepas pengumuman pilihan raya dibuat.
Dbeibeh berkata “Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Penasihat Khas Setiausaha Agung PBB untuk Libya, Stephanie Williams harus mendengar suara rakyat.” – Bernama