Prayut berkhidmat sehingga penggal berakhir

BANGKOK, 15 JUN – Prayuth Chan o-cha berkata akan terus menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Thailand sehingga tempoh penggal tamat sekali gus mengakhiri spekulasi beliau mungkin membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya awal.

Prayuth, merangkap Menteri Pertahanan, berkata akan terus memegang jawatan itu sehingga penggal empat tahun tamat pada 2023 walaupun berdepan tuntutan supaya melepaskan jawatan. Semua kritikan yang dilemparkan terhadapnya menguatkan lagi tekad untuk terus mentadbir, katanya  seperti dipetik Bangkok Post. – Bernama