Prayut Chan-O-Cha dilantik PM ke-29

BANGKOK, 11 JUN – Ketua Junta, Prayut Chan-O-Cha secara rasminya menjadi perdana menteri ke-29 Thailand hari ini selepas dekri diraja dikeluarkan bagi menyokong pelantikannya.

Pelantikan itu turut menyempurnakan proses peralihan pemimpin tentera itu kepada kepemimpinan awam, yang menjanjikan pentadbiran berasaskan ‘kasih sayang, perpaduan dan belas ihsan’.

“Saya akan mempromosi persekitaran damai bagi sebuah masyarakat bersatu berdasarkan rasa sayang, perpaduan dan belas ihsan,” kata Prayut selepas dekri diraja dibacakan di Rumah Kerajaan.

Beliau juga berjanji untuk ‘mendengar suara rakyat’ dan melindungi monarki. Beberapa saat sebelum memberi ucapan, beliau melutut di hadapan potret Raja Maha Vajiralongkorn dan tunduk beberapa kali. – AFP

Prayut Chan-O-Cha ketika bercakap selepas majlis pengesahan diraja melantiknya sebagai perdana menteri baharu Thailand di Rumah Kerajaan di Bangkok pada 11 Jun. – AFP