Sunday, December 15, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Prayut terus berdepan tekanan

    BANGKOK, 25 OKT – Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di jalan raya di Bangkok hari ini selepas Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengabaikan permintaan mereka untuk meletak jawatan.

    Penunjuk perasaan antikerajaan itu berkumpul di persimpangan Ratchapra-song, satu daripada daerah komersial paling sibuk di Bangkok, bermula 4 petang (waktu tempatan).

    Pada Rabu, penunjuk perasaan memberikan Prayuth tempoh tiga hari hingga 10 malam (waktu tempatan) Sabtu untuk meletak jawatan atau berhadapan dengan lebih banyak demonstrasi sekiranya perdana menteri itu gagal memenuhi permintaan mereka. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda