Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Prayuth beri penghormatan terakhir kepada Shinzo Abe

    BANGKOK, 12 JULAI – Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha memberi penghormatan terakhir kepada ‘rakan karibnya’, bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang maut akibat ditembak Jumaat lalu.

    Prayuth singgah di Kedutaan Jepun untuk menandatangani buku takziah.

    Kedutaan Jepun di Thailand membuka pintunya mulai hari ini hingga Khamis untuk membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri itu.

    Minggu lalu, Prayuth menulis di Facebooknya bahawa beliau kehilangan seorang sahabat baik dan Jepun kehilangan tokoh yang disayangi. Abe, 67, ditembak dari belakang ketika sedang berucap dalam satu kempen politik di bandar raya Nara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...