Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Premier Motor umum logo Global Silver baharu Wuling

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Premier Motor Co Sdn Bhd, pengimport dan pengedar tunggal Wuling Motors di Brunei Darussalam telah mengumumkan pengenalan logo Global Silver baharunya hari ini.

    Pengenalan itu adalah selaras dengan logo Global Silver oleh SAIC-GM-Wuling (SGMW) pada 2020, menandakan strategi era baharu global Wuling yang akan melibatkan pembaharuan imej jenama dan portfolio kenderaan serba baharu lain ke pasaran global.

    Menurut kenyataan yang diterima di sini hari ini, logo itu menandakan peralihan daripada logo merah yang melambangkan warisan jenama sepanjang 35 tahun kewujudannya bertumpu kepada jualan kenderaan komersial.

    Melalui logo tersebut, tumpuan khas kepada belia dan audien antarabangsa ditekankan, manakala dalam era teknologi ini, Wuling juga berazam untuk kekal relevan menerusi invovasi baharu, termasuk kenderaan elektrik (EV).

    Wuling telah mencapai kejayaan melalui kenderaan Hongguang Mini EV yang mencatatkan rekod jualan besar-besaran EV di China, mendorongnya memperkenalkan set EV baharu dipertingkatkan dinamakan Air EV yang dilancarkan di Indonesia dan dijangka diperkenalkan ke pasaran lain Asia pada tahun ini.

    Selain Brunei, Wuling juga diedarkan di pasaran antarabangsa di Asia Tenggara, Amerika Latin dan Timur Tengah.

    Kenderaan elektrik baharu yang diperkenalkan oleh Wuling, dinamakan Air EV. – Gambar serahan Premier Motor

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...