Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Premis perniagaan tidak paparkan harga barang didenda

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JPES

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Sebuah premis perniagaan telah dikeluarkan kompaun oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) kerana melanggar Perintah Paparan Tanda Harga.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPES, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, di sini, hari ini, Halimun Sdn Bhd telah dikenakan kompaun berjumlah $500 atas kesalahan tidak memaparkan harga pada barangan yang dijual.

    Perintah Paparan Tanda Harga menghendaki peniaga untuk mengamalkan amalan perniagaan yang beretika dengan memaparkan tanda harga secara jelas dan tepat serta tidak mengelirukan pengguna dalam membuat keputusan pembelian.

    Amalan perniagaan yang beretika merupakan asas dalam membina kepercayaan pengguna yang seterusnya berpotensi menyumbang kepada mewujudkan persekitaran perniagaan yang sihat.

    Para peniaga yang didapati melanggar Perintah Paparan Tanda Harga boleh dikenakan denda maksimum sebanyak $20,000 dan penjara selama lima tahun.

    JPES dalam kenyataannya lagi, menyatakan bahawa jika orang ramai mempunyai sebarang aduan mengenai amalan perniagaan yang tidak beretika, mereka boleh melaporkan kepada JPES melalui Talian Darussalam 123, aplikasi muda alih PenggunaBijak atau melalui e-mel, aduanpengguna@jpes.gov.bn.

    Salah satu barangan yang dijual tanpa paparan harga.
    Antara barang-barang yang dijual oleh syarikat berkenaan tanpa memaparkan tanda harga barangan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...