Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Premis PTEB kini digunakan semula

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Premis Pusat Tingkatan Enam Belait (PTEB) mula beroperasi kembali bagi sesi pengajaran dan pembelajaran, hari ini.

    Terdahulu, PTEB telah digunakan sebagai COVID-19 Holding Area Belait (CHABEL6) iaitu salah sebuah pusat pengasingan bagi pesakit-pesakit COVID sejak Ogos 2021 hingga April 2022. Sementara itu, warga sekolah berkenaan termasuk para tenaga pengajar dan pelajar telah ditempatkan sementara di Sekolah Menengah Sayyidina Ali.

    Kementerian Pendidikan menyatakan bahawa usaha-usaha pembersihan di seluruh premis sekolah berkenaan telah giat dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan sukarelawan bagi memastikan persekitaran sekolah berkenaan adalah bersih, kondusif dan selamat bagi warga sekolah. Kementerian Pendidikan akan terus menekankan aspek kebersihan dan keselamatan premis sekolah di negara ini.

    Sementara itu, pihak sekolah adalah ditekankan untuk terus melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan dalam memastikan kesejahteraan para pelajar, tenaga pengajar, warga sekolah dan individu-individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah adalah terjamin.

    ATAS & BAWAH: Para pelajar semasa dibawa melawat di sekitar premis oleh tenaga pengajar PTEB setelah premis sekolah tersebut mula beroperasi kembali.

    Salah seorang pelajar melakukan pemeriksaan suhu badan dan beberapa langkah SOP lain sebelum memasuki kawasan sekolah dengan dipantau oleh tenaga pengajar sekolah berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...