Presiden Afghan seru sokong berterusan

KABUL, 24 NOV – Presiden Afghanistan Ashraf Ghani hari ini menggesa masyarakat antarabangsa untuk terus menyokong Afghanistan meskipun beliau mengakui bahawa penderma kemungkinan besar akan mengurangkan bantuan di bawah kekangan COVID-19.

Rayuan bagi sokongan Ghani dibuat pada mesyuarat maya persidangan penderma global di Geneva, dengan Afghanistan masih lagi dibelenggu keganasan antara Taliban dan pasukan tentera kerajaan, rasuah yang berleluasa dan jangkaan pengunduran tentera AS tidak lama lagi.

“Pandemik COVID-19 meng-heret kita semua ke dalam keadaan ketidaktentuan,” kata Ghani dari Kabul. “Kami amat menghargai pada masa penderitaan global seperti ini…komitmen anda terhadap Afghanistan masih lagi kuat.

“Kami menyeru rakan kongsi antarabangsa untuk melakukan lebih lagi dalam keadaan mencabar kewangan ketika ini…sumber kewaangan – bantuan masih signifikan terhadap pertumbuhan kami pada masa hadapan,” katanya.

Negara penderma bersidang setiap empat tahun sekali bagi menjanjikan bantuan kepada Afghanistan yang hampir kese-luruhannya bergantung kepada bantuan asing di sebalik bertahun-tahun janji reformasi dan cubaan untuk pertumbuhan ekonomi.

Namun sidang derma 2020 boleh menyaksikan pengurangan janji derma dari negara-negara dunia ketika mereka sendiri bergelut untuk pulih daripada impak dahsyat COVID-19. Sidang kemuncak pada 2016 di Brussels menjanjikan AS$15.2 bilion kepada negara itu. – AFP