Presiden Afghanistan lantik majlis bagi perjanjian damai bersama Taliban

KABUL, AFGHANISTAN, 30 OGOS – Presiden Afghanistan telah melantik sekumpulan majlis bagi keamanan negara, yang akan memuktamadkan perkara sama ada kerajaan akan menandata-ngani perjanjian damai bersama Taliban selepas apa yang mereka jangkakan menjadi rundingan berlarutan dan tidak pasti bersama para pemberontak.

Rundingan dibayangkan di bawah perjanjian perdamaian Amerika Syarikat (AS) – Taliban pada Februari ketika rundingan antara-Afghan itu akan memutuskan masa depan negara yang dilanda perang itu. Bagaimanapun, permulaan mereka telah dihambat oleh siri penangguhan yang telah mengecewakan Washington. Sebahagiannya menjangkakan bermula awal bulan ini.

Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani mengeluarkan dekri penubuhan majlis 46 anggota lewat Sabtu yang diketuai oleh bekas pesaingnya dalam pilihan raya presiden tahun lalu, Abdullah Abdullah, yang kini berkhidmat dalam kerajaan.

Majlis itu dipisahkan daripada pasukan perunding 21 anggota, yang Ghani lantik pada Mac dan dijangka membuat perjalanan ke teluk Negeri Arab, Qatar, di mana Taliban mengekalkan pejabat politiknya, bagi rundingan antara-Afghan. – AP

Gambar bertarikh 25 Ogos menunjukkan kakitangan keselamatan Afghanistan bekerja di tapak serangan bom utara Balkh, Afghanistan. Presiden Ashraf Ghani mengeluarkan dekri lewat Sabtu bagi pelantikan majlis perdamaian negara bersama Taliban. – AP