Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Afrika Selatan seru henti permusuhan di Gaza

    JOHANNESBURG, 1 JAN – Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa dalam perutusan tahun baharunya yang dikeluarkan kelmarin, menyeru agar permusuhan di Gaza dihentikan dan tahanan dibebaskan, lapor agensi Anadolu.

    “Ketika konflik di Timur Tengah berlanjutan, apabila pembunuhan beramai-ramai dilakukan terhadap rakyat Gaza dan tahanan Israel masih ditahan, kami terus menyeru penamatan permusuhan serta pembebasan tahanan,” kata Ramaphosa dalam kenyataan itu.

    Beliau menyatakan bahawa negaranya sentiasa teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin.

    “Sama seperti kami memperoleh kebebasan melalui sokongan dan solidariti daripada banyak pihak dan negara di seluruh dunia, kami terus bersolidariti bersama mangsa ketidakadilan di bahagian lain dunia,” katanya, merujuk kepada perang genosid Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda