Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Presiden Argentina dirawat di hospital

BUENOS AIRES, 15 MAC – Presiden Argentina, Alberto Fernandez dibawa ke hospital swasta di tengah Buenos Aires selepas mengalami sakit pinggang yang teruk, menurut kenyataan daripada pasukan perubatannya kelmarin.

Fernandez akan menjalani pemeriksaan untuk menentukan jenis rawatan yang diperlukannya, lapor Anadolu Agency memetik kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, orang ramai akan dimaklumkan mengenai perkembangan terkini kesihatan presiden.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Dr Federico Saavedra, yang menurut akhbar harian tempatan Infobae merupakan doktor peribadi Fernandez sejak lebih sedekad.

Kelmarin Fernandez menjalankan tugas dari kediaman rasminya di Quinta de Olivos di Buenos Aires, hari kedua berturut-turut beliau tidak berada di Casa Rosada atau istana presiden, menurut agensi berita Noticias Argentinas.

Fernandez mengalami masalah kesihatan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Semasa lawatan ke Bali, Indonesia untuk menghadiri sidang kemuncak G20 pada November tahun lepas, beliau mengalami gastrik dan dirawat di hospital tempatan.
Pada April 2021, Fernandez dijangkiti coronavirus.

Pada Jun 2019 semasa pra-pencalonan parti politiknya, Frente de Todos, menjelang pilihan raya presiden tahun itu, beliau dimasukkan ke hospital swasta selepas disahkan menghidap pleurisi, keradangan pada lapisan paru-paru yang biasanya menyebabkan sakit di bahagian dada. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -