Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Presiden baharu Sri Lanka angkat sumpah

    COLOMBO, 21 JULAI – Pemimpin Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe yang pernah menjadi perdana menteri sebanyak enam kali hari ini mengangkat sumpah sebagai presiden negara yang dilanda krisis itu, dengan rancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan bagi menguruskan pergolakan.

    Ahli politik veteran berusia 73 tahun yang dipilih sebagai ketua negara dalam undian di parlimen semalam mengangkat sumpah jawatannya sambil disaksikan oleh ketua polis dan pegawai tentera tertinggi Sri Lanka.

    Menurut sumber rasmi, beliau dijangka membentuk kabinet yang membariskan beberapa ahli perundangan pembangkang untuk mengemudi negara itu keluar daripada krisis ekonomi terburuk sejak mencapai kemerdekaan dari Britain.

    Pemimpin pembangkang, Sajith Premadasa, yang menyokong calon pesaing pada undian kelmarin, berkata dia telah bertemu dengan Wickremesinghe untuk membincangkan bagaimana untuk melindungi negara tersebut daripada ‘bencana dan kesengsaraan’ selanjutnya.

    “Kami sebagai pihak pembangkang akan memberi sokongan membina untuk mengurangkan penderitaan penduduk,” kata Premadasa dalam Twitter hari ini. – AFP

    Ranil Wickremesinghe (tengah) menandatangani dokumen semasa majlis angkat sumpah sebagai presiden Sri Lanka, di Colombo. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...