Presiden Barca mahu rombak lembaga kelab

BARCELONA, 9 APRIL – Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, yang mana kedudukannya sejak memegang jawatan dilihat lemah dengan hubungan yang tegang bersama dengan pemain pada musim ini, mahu membuat reformasi pengurusan kelab kerana dia kurang memberi kepercayaan terhadap beberapa orang pengarah di kelab tersebut, menurut timbalan presiden, Emili Rousaud.

“Bartomeu telah memanggil saya dan memberitahu saya bahawa di mahu merombak pengurusan kerana dia berasa sangsi dengan beberapa orang pengarah, termasuk saya sendiri,” Rousaud, yang diramal akan menggantikan Bartomeu sebagai presiden, memberitahu radio Cadena Ser, kelmarin.

“Dia memberitahu saya maklumat telah dibocorkan kepada pihak media yang telah membuatkan pemain merasa kecewa dan dia kira saya banyak mengkritik tentang bagaimana pihak lembaga menguruskan hal ini.”

Hubungan pemain-pemain Barca dan ahli lembaga telah menjadi tegang dalam beberapa bulan kebelakangan, dengan Lionel Messi mengkritik secara terbuka setiausaha teknikal, Eric Abidal pada Februari lalu adalah salah satu daripada beberapa isu kontroversi di luar padang.

Messi sekali lagi mengkritik ahli lembaga Barca pada minggu lalu, apabila mengesahkan skuad tersebut akan menerima potongan gaji sebanyak 70 peratus semasa krisis koronavirus.

Pemain Argentina tersebut telah menuduh Bartomeu sebagai lemah dalam rundingan bersama pemain baru-baru ini.

“Ia tidak pernah berhenti untuk mengagumkan kita bahawa di dalam kelab ini terdapat mereka yang akan meletakkan kami di tengah-tengah perhatian dan cuba memberi tekanan kepada sesuatu yng kami tahu bahawa kami akan melakukannya,” Messi menulis dalam sosial media. – AFP

Presiden Barca akan membuat reformasi pengurusan kelab kerana Bartomeu kurang memberi kepercayaan terhadap beberapa orang pengarah di kelab tersebut. – AP