Presiden Bolivia minta semua menteri letak jawatan

LA PAZ, 27 JAN – Presiden sementara Bolivia, Jeanine Anez meminta semua menterinya untuk meletak jawatan tiga bulan sebelum pilihan raya umum, satu kenyataan daripada presiden berkata kelmarin.

Berita itu muncul beberapa jam selepas menteri komunikasi, Roxana Lizarrage meletak jawatan dalam protes atas keputusan Anez untuk bertanding sebagai calon presiden dalam pilihan raya 3 Mei depan.

Apabila memegang jawatan presiden sementara pada 12 November, Anez berkata dia tidak berniat bertanding untuk kerja sepenuh masa.

Tetapi semua itu berubah apabila dia mengumumkan pencalonannya.

Anez telah memutuskan untuk meminta peletakan jawatan daripada semua menteri untuk mendekati peringkat baharu dalam pengurusan peralihan demokratik.

Kenyataan itu menambah bahawa ia adalah ‘biasa’ dalam kitaran pilihan raya untuk mempunyai ‘penyelarasan dalam pasukan kerja Eksekutif.”

Beberapa jam sebelumnya, Lizarraga, yang dilantik oleh Anez pada 13 November, mengkritik presiden sementara itu kerana ‘hilang tujuan terhadap objektifnya’. – AFP

Gambar fail pada 13 November 2019 menunjukkan presiden sementara Bolivia, Jeanine Anez berucap semasa sidang akhbar pada hari pertama beliau berkhidmat di Quemado Presidential Palace di La Paz. – AFP