Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Brazil berdepan tuduhan halang keadilan

    BRASILIA, 15 Sept – Presiden Brazil Michel Temer berdepan tuduhan baharu iaitu menghalang keadilan dan terbabit kegiatan haram yang difailkan oleh ketua pendakwa Rodrigo Janot di Mahkamah Agung.

    Menurut kenyataan pejabat ketua pendakwa itu, Temer dituduh bersama enam lagi rakan politiknya.

    Namun, Temer dipercayai bakal memperolehi sokongan kuat Kongres membolehkan beliau mengelak daripada dibicarakan. Ia pertuduhan kedua dihadapi Temer tahun ini.

    Pada Mei lepas, Temer dituduh menerima rasuah daripada syarikat pembungkusan daging terbesar Brazil JBS, namun penggubal undang-undang Brazil kemudian memutuskan kes itu digugurkan. – Bernama

    Michel Temer semasa menghadiri dialog perdagangan sempena Sidang Kemuncak BRICS di Xiamen, China pada 5 September lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda