Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Presiden Brazil ikrar lindungi Amazon

    BUENOS AIRES, 17 NOV – Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva yang dilantik semalam berikrar pada persidangan perubahan iklim PBB COP27 di Mesir untuk melindungi hutan hujan Amazon, lapor agensi Anadolu.

    Lula berkata beliau akan menyekat ‘jenayah alam sekitar’ dan mereka yang melakukan ‘aktiviti haram’ di Amazon, mengecam aktiviti perlombongan, perkayuan dan pertanian yang menurutnya telah memberikan kesan ketara ke atas cara hidup Orang Asli di rantau ini.

    Beliau juga akan menangani kesan global perubahan iklim dan mendesak negara maju yang kaya untuk menunaikan ikrar mereka bagi menyediakan AS$100 bilion setahun untuk kewangan iklim.

    Menurut saintis Carlos Nobre dan Thomas Lovejoy, jika 20 peratus hingga 25 peratus daripada Amazon musnah, peranannya sebagai ekosistem alam sekitar akan gagal. – Bernama

    Presiden Luiz Inacio Lula da Silva bertemu dengan wakil penduduk asli negaranya semasa sidang kemuncak COP27 di Sharm el-Sheikh, Mesir kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...