Presiden Brazil positif COVID-19 kali ketiga

BRASILIA, 23 JULAI – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, sekali lagi diuji positif COVID-19, memerlukannya kekal berada di bawah pengasingan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pejabat presiden semalam.

Ia merupakan ujian positif kali ketiga, yang dilakukan pada Selasa namun, beliau ‘dalam keadaan baik.’

“Presiden Jair Bolsonaro berada dalam keadaan baik, ditemani pasukan perubatan presiden. Ujian yang dilakukan presiden semalam (21 Julai), didapati positif,” jelas kenyataan itu.

Bolsonaro, 65, termasuk dalam kalangan berisiko untuk dijangkiti virus itu. – Bernama