Presiden BWF dedah hidapi Parkinson’s

KUALA LUMPUR, 4 SEPT – Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan bekas pemenang pingat emas Olimpik Poul-Erik Hoyer mendedahkan beliau menghidapi penyakit Parkinson’s, tetapi masih akan kekal dalam jawatan beliau.

Bekas pemain nombor satu dunia Belanda, 54, didiagnosis dengan penyakit degeneratif itu ‘beberapa tahun lalu,’ menurut satu kenyataan.

“Sains perubatan sudah maju dan berjaya mengurangkan gejala penyakit Parkinson’s,” kata Hoyer dalam kenyataan semalam. “Saya tidak terasa terjejas besar dalam semua aspek kehidupan harian saya.” Pemenang pingat emas perseorangan lelaki Olimpik 1996 itu berkata beliau sebelum ini merahsiakan diagnosis ‘atas sebab-sebab peribadi.’

Hoyer, yang juga ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, dipilih presiden BWF pada Mei 2013, dan menerima penggal baharu tanpa tentangan pada 2017. Penyakit Parkinson’s ialah gangguan sistem saraf yang menjejas pergerakan seseorang, dengan simptom termasuk terketar-ketar, kaku dan pergerakan perlahan. – AFP