Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Presiden Castillo digesa letak jawatan

    MEXICO CITY, 6 NOV – Beribu-ribu orang mengadakan protes di Peru menuntut Presiden Pedro Castillo meletakkan jawatan, lapor Sputnik.

    Protes berlangsung pada Sabtu di Lima serta wilayah Piura, Trujillo, Chiclayo, Cusco dan Huancayo, menurut penyiar Radio Programas del Peru (RPP).

    Demonstrasi berjalan secara aman namun di Lima, polis menggunakan gas pemedih mata menyebabkan seorang daripada penunjuk perasaan cedera.

    Pada Julai, pejabat pendakwa raya mengumumkan pihaknya sedang menyiasat Castillo selepas bekas menteri dalam negeri Mariano Gonzalez, mendakwa Castillo melindungi pegawai terdekatnya yang terlibat dalam kes jenayah. – Bernama

    Penduduk membantah kerajaan Presiden Pedro Castillo berdepan dengan polis semasa tunjuk perasaan menuntut peletakan jawatan beliau di Lima pada 5 November 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...