Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Presiden China lawat Rusia minggu depan

    BEIJING, 17 MAC – Presiden China, Xi Jinping akan mengadakan lawatan ke Moscow pada minggu depan, di mana beliau akan mengadakan rundingan dengan sekutu strategik Vladimir Putin setahun selepas perang Rusia di Ukraine.

    Xi akan berada di Rusia mulai Isnin hingga Rabu, kata Kementerian Luar Beijing dan Kremlin hari ini.

    Kementerian Luar China menggelar lawatan Xi sebagai ‘kunjungan perdamaian’ yang bertujuan ‘menjalin hubungan multilateral, mempertingkat pematuhan global dan menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan dunia.’

    Kedua-dua pemimpin akan bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala dan isu antarabangsa serta serantau utama, kata jurucakap kementerian, Wang Wenbin pada sidang media.

    “Buat masa sekarang, perubahan yang tidak dilihat dalam satu abad semakin berkembang pesat, dan dunia telah memasuki era kekacauan baharu,” kata beliau.

    “China akan mendukung matlamatnya dan dasar adil mengenai krisis Ukraine dan memainkan peranan positif dalam mempromosi rundingan perdamaian.”

    Kremlin berkata kedua-dua presiden akan berunding mengenai ‘kerjasama strategik’ dan ‘membincang mempertingkatkan perkongsian dan kerjasama strategik di antara Rusia dan China’.

    Lawatan Xi diadakan setahun selepas Rusia menyerang Ukraine, melancarkan peperangan yang telah memulaukan Moscow di arena antarabangsa. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Presiden Xi Jinping bertepuk tangan ketika beliau mendengar kepada Presiden Vladimir Putin menerusi pautan video dari Great Hall of the People di Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...