Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Cuba berusaha redakan ketegangan

    HAVANA, 21 Sept – Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat (AS), Bob Corker, bagi membincangkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang tegang sejak kebelakangan ini, demikian menurut laporan media kerajaan.

    Corker, seorang Republikan yang sering menjadi pengkritik Presiden Donald Trump, adalah antara pegawai tertinggi ditemui Diaz-Canel sejak menggantikan Raul Castro sebagai presiden pada April.

    Hubungan kedua-dua negara meruncing sepanjang tahun lalu, AS menuduh Cuba melancarkan ‘serangan kesihatan’ terhadap pegawai diplomat mereka di Havana. Cuba menafikan tuduhan tersebut.

    Diaz-Canel dijadual berlepas ke AS untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) selepas pertemuan itu.

    Dalam satu temuramah pada Ahad, beliau berkata perbincangan dengan Trump tidak boleh diadakan, selagi pentadbirannya mengekalkan sikap ‘tidak normal’ terhadap Cuba.

    Pentadbiran Trump, memperketatkan sekatan perdagangan dan larangan perjalanan ke Cuba di samping mengurangkan kakitangan kedutaan di Havana dari 50 hingga ke 18 orang. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda