KAHERAH, 19 Mac – Akhbar milik kerajaan Mesir berkata Presiden Abdel-Fattah el-Sissi dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan bertemu di Washington bulan depan.
Al-Ahram berkata dalam laporan muka depan hari ini bahawa dua pemimpin itu akan bertemu semasa minggu pertama April, yang dikatakan akan menjadi lawatan pertama el-Sissi ke Washington sejak menjawat jawatan pada 2014.
El-Sissi dan Trump sudah pun menunjukkan suatu ikatan apabila mereka bertemu semasa Perhimpunan Agung PBB pada September.
Trump, semasa pencalonan presiden Republikan, berkata adanya ‘keserasian baik’ dan el-Sissi berkata Trump akan menjadi pemimpin kuat ‘tanpa diragui’. – AP