Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Presiden Equatorial Guinea mulakan penggal keenam

    DOUALA, CAMEROON, 9 DIS – Presiden Equatorial Guinea, Teodoro Obiang Nguema Mbasogo mengangkat sumpah jawatan semalam untuk pemerintahan penggal keenamnya sekali gus menjadikan beliau presiden paling lama berkhidmat.

    “Statistik menunjukkan rakyat sentiasa menyokong pencalonan saya,” kata Obiang, 80, presiden paling lama berkhidmat di dunia ketika ini yang kini memasuki tahun ke-43, lapor agensi Anadolu. 

    “Selagi saya menjadi presiden dan dengan sumber yang ada, hasrat dan keperluan rakyat untuk kesejahteraan akan dapat direalisasikan sepenuhnya,” ikrar Obiang pada majlis yang berlangsung di Malabo, menandakan permulaan untuk memegang tampuk pemerintahan negara selama tujuh tahun lagi. – Bernama

    Presiden Teodoro Obiang Nguema Mbasogo tiba di Malabo untuk majlis pelantikan penggal keenamnya. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...