Presiden FIFA, penyiasat Switzerland bersengkokol?

BERLIN, 20 APRIL – Pihak pendakwa Switzerland yang sedang menyiasat rasuah dalam bola sepak telah mengadakan perjumpaan rahsia dengan presiden FIFA, Gianni Infantino, menurut media Jerman dan Switzerland Jumaat lalu, menyemarakkan lagi tuduhan bersengkokol antara badan pentadbiran bola sepak dunia dan penyiasat Switzerland.

Memetik sumber yang tidak dinamakan, akhbar Jerman Sueddeutsche Zeitung (SZ) dan Switzerland, Luzerner Zeitung, memberitahu Cedric Remund, 38, merupakan orang kelima dalam perjumpaan rahsia dengan Infantino dan pihak peguam Switzerland, Michael Lauber di hotel Schweizerhof di Bern pada 16 Jun 2017.

Jika benar, tuduhan tersebut berpotensi mendedahkan sejumlah orang berprofil tinggi rasuah bola sepak yang dikendalikan kesnya oleh Remund, menurut SZ.

Menurut akbar, perjumpaan pada Jun 2017 bersama Infantino telah dihadiri oleh Lauber, rakan jurucakapnya, Andre Marty dan Rinaldo Arnold, rakan kepada Infantino dan pendakwa kanan untuk kanton Atasan Valais.

Lauber, yang mengetuai siasatan mengenai rasuah FIFA yang ditubuhkan pada 2015, sebelum ini menafikan perjumpaan dengan badan etika (AS-MPC) yang mengawasi menteri-menteri Switzerland semasa sidang pendengaran disiplin.

Tetapi AS-PMC melaporkan pada bulan Mac bahawa perjumpaan tersebut telah mengambil tempat dan menuduh Lauber ‘melanggar beberapa tanggungjawab profesionalnya,” termasuk ‘berulang-ulang kali tidak menyatakan perkara yang sebenar’ dan ‘bertindak tidak setia’.

Badan etika turut menjumpai orang kelima yang menghadiri perjumpaan tahun 2017, yang mana media Jerman dan Switzerland menyebut ia sebagai Remund.

Menurut SZ, Remund yang dituduh secara terang-terangan mengenai penyiasatan rasuah Jerman menjadi tuan rumah Piala Dunia 2006, dan memberikan kontrak hak penyiaran TV yang mencurigakan – yang ditandatangani oleh Infantino – di antara badan pengurusan Eropah, UEFA dan dua orang ahli perniagaan Argentina pada tahun 2006. – AFP