Presiden FIFA pertahan VAR
DUBAI, 29 Dis – Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mempertahankan penggunaan teknologi video bantuan pengadil (VAR) biarpun kontroversi mengenainya timbul. VAR seperti yang diketahui masih menjadi percubaan sejak ia dimulakan musim ini pada Serie A dan Bundesliga serta akan diperkenalkan dalam saingan La Liga musim depan. Sistem itu yang mengundang kritikan sebahagian


































