MANILA, 17 Okt – Presiden Rodrigo Duterte telah mengisytiharkan Bandar Marawi kini bebas daripada pengganas selepas hampir lima bulan pertempuran berlaku, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media Filipina, hari ini.
Televisyen Rakyat milik kerajaan melaporkan Duterte telah mengisytiharkan bahawa Marawi berjaya dirampas semula daripada pelampau pro-Daesh.
Satu lagi saluran berita tempatan, ANC, pula memetik Duterte sebagai berkata “Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa Bandar Marawi telah bebas daripada pengganas.”
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn