Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Presiden Filipina cadang China adakan rundingan

    MANILA, 24 JAN – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr kelmarin berkata dia telah mencadangkan kepada China agar kedua-dua buah negara itu mengadakan rundingan antara menteri luar masing-masing untuk menyelesaikan sebarang konflik baharu.

    Marcos memberitahu rangkaian televisyen Filipina dalam temu bual bahawa Presiden China, Xi Jinping bersetuju dengan cadangan beliau untuk mengadakan rundingan di Beijing awal bulan ini dan kedua-dua buah negara memuktamadkan butiran perjanjian.

    Namun tiada reaksi segera daripada pegawai China. Marcos berkata cadangannya kepada Xi dalam pertemuan mereka di Beijing bahawa diplomat tertinggi memimpin Mekanisme Konsultasi bilateral, yang ketika ini diuruskan oleh diplomat peringkat tengah, untuk membolehkan respons yang lebih cepat terhadap konflik masa depan.

    “Cadangan saya adalah kita membawa kumpulan bilateral ke peringkat lebih tinggi,” kata Marcos, dan menambah bahawa beliau juga akan meminta duta Filipina ke China untuk menjadi sebahagian daripada rundingan peringkat tinggi.

    “Saya memberi jaminan bahawa sekiranya terdapat sebarang keputusan yang perlu dibuat, salah seorang daripada mereka boleh berunding dengan saya dan kami akan membuat keputusan dengan segera.” – AP

    Gambar yang diterbitkan oleh Xinhua menunjukkan Ferdinand Marcos Jr dan Xi Jinping semasa mengadakan rundingan di Beijing, 4 Januari lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...