Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Presiden Filipina salahkan pembasmian hutan punca tanah susur

    MANILA, 1 NOV – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr hari ini menyalahkan pembasmian hutan selama bertahun-tahun sebagai punca tanah susur yang menimbus penduduk yang tinggal di lereng gunung di tengah-tengah hujan lebat minggu lalu akibat ribut yang mengorbankan lebih 130 orang di seluruh negara.

    Semasa tinjauan udara untuk melihat kerosakan yang berpunca daripada Ribut Tropika Nalgae di wilayah Maguindanao selatan, presiden berkata beliau menunjukkan kepada gabenor wilayah bagaimana tanah susur runtuh di cerun Gunung Minandar.

    “Saya menyedari bahawa di semua tempat di mana tanah runtuh berlaku, kawasan gunungnya sudah gondol.

    “Itulah puncanya,” ujar Marcos Jr memberitahu gabenor wilayah menerusi mesyuarat yang disiarkan dalam televisyen bersama ahli-ahli kabinet di Maguindanao untuk membincangkan bencana alam terburuk yang dihadapinya sejak dilantik menjadi presiden pada Jun.

    “Kita mesti melaksanakan penanaman pokok ke dalam pelan pengawalan banjir,” katanya.

    “Kita sudah berulang kali mendengar mengenai perkara ini, namun kita masih menebang pokok, jadi inilah padahnya, tanah susur.” – AFP

    Anggota penyelamat mencari mangsa yang tertimbus di bawah tanah selepas Ribut Tropika Nalgae melanda, 31 Oktober lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...