Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Presiden India ke-14 angkat sumpah hari ini

NEW DELHI, 24 Julai – Presiden India ke-14, Ram Nath Kovind bakal mengangkat sumpah jawatan esok (Selasa), lapor agensi berita China Xinhua.

Beliau menggantikan Presiden Pranab Mukherjee yang menamatkan tempoh lima tahun pemerintahannya.

Kovind akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim India J.S. Khehar pada majlis khas di Parlimen yang turut dijadualkan dihadiri anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bekas Gabenor Bihar itu, dipilih sebagai presiden pada minggu lalu selepas berjaya menumpaskan pesaingnya bekas Speaker Parlimen Meira Kumar dari parti pembangkang. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -