Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Presiden Iran adakan lawatan ke Indonesia

    TEHRAN, 23 MEI – Presiden Iran, Ebrahim Raisi akan bertemu rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo, hari ini semasa lawatannya ke negara Asia Tenggara itu.

    Beliau mengetuai delegasi termasuk Menteri Luar, Hossein Amirabdollahian, Menteri Minyak, Javad Owji dan Menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Issa Zarepour, menurut agensi berita Iran (IRNA).

    Ketika bertemu media di Lapangan Terbang Mehrabad di Tehran sebelum berlepas, Raisi berkata walaupun sudah banyak hubungan ekonomi dan perdagangan di antara kedua-dua negara, namun ia perlu digalakkan lagi.

    Beliau maklum bahawa Indonesia adalah sebuah negara penting di Asia Tenggara dan memainkan peranan utama dalam pengaturan serantau dan antarabangsa. Perluasan kerjasama dengan negara-negara bersekutu adalah antara dasar pentadbiran Raisi.

    Presiden Iran itu berkata sempena lawatan tiga hari itu, dokumen yang bertujuan meluaskan kerjasama dalam ekonomi, perdagangan, kebudayaan, adat resam dan sanitasi dijangka ditandatangani.

    Iran dan Indonesia kedua-duanya menyokong keamanan yang mampan di rantau ini, tambahnya.

    Ini adalah lawatan luar negara ke-12 oleh Presiden Raisi sejak beliau memegang jawatan pada Ogos 2021. – Bernama

    Ebrahim Raisi bakal mengadakan lawatan ke Indonesia dalam rangka lawatannya ke Asia Tenggara. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...