Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Presiden Iran bidas sekatan baharu AS

    TEHRAN, 17 JUN – Presiden Iran, Ebrahim Raisi hari ini membidas tindakan Amerika Syarikat (AS) kerana mengenakan sekatan baharu ke atas penghasilan petrokimia di negara republik Islam itu, di tengah-tengah rundingan yang terbantut bertujuan untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear.

    AS kelmarin mengenakan sekatan ke atas rangkaian firma petrokimia Iran, serta mendakwa beberapa buah syarikat di China dan Emiriah Arab Bersatu, menuduh mereka membantu Tehran untuk memintas sekatan.

    “Saya terkejut dengan tindakan AS,” kata Raisi, dipetik oleh agensi berita rasmi IRNA.

    “Selain itu, mereka menghantar perutusan bersetuju dengan rundingan dan perjanjian, dan pada masa yang sama mereka mengenakan sekatan baharu.

    “Saya tidak memahami bagaimana perkara ini berlaku,” tambah presiden Iran itu. Iran bulan ini mematikan beberapa buah kamera Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang memantau tapak nuklear, sejurus selepas AS dan sekutu Eropahnya meneruskan resolusi di IAEA dan mengutuk kekurangan kerjasama dari Iran.

    “Dunia mesti memberikan kami hak untuk tidak mempercayai AS kerana mereka melanggar perjanjian mereka,” kata Rasi. – AFP

    Ebrahim Raisi membidas tindakan AS kerana mengenakan sekatan baharu ke atas firma penghasilan petrokimia negaranya di tengah-tengah rundingan yang terbantut bertujuan untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...