Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Presiden Kazakh kritik krisis gula

    NUR-SULTAN, KAZAKHSTAN, 14 JULAI – Presiden Kazakhstan hari ini mengkritik kerajaannya berhubung pengendalian krisis gula ketika kekurangan sumber itu dan harga meningkat menyumbang kepada kejadian huru-hara di gedung beli-belah.

    Kos sara hidup tinggi sejak permulaan pandemik koronavirus telah mendorong pergolakan di Asia Tengah, termasuk negara terkaya di rantau itu, Kazakhstan, di mana rusuhan berdarah mengakibatkan 238 maut pada Januari.

    Bekas jajahan Soviet itu juga mengalami gangguan eksport berpunca daripada serangan Rusia ke atas Ukraine, dengan rakan perdagangan penting Moscow pada Mac lalu yang menyekat eksport gula dan bijiran.

    Presiden Kassym-Jomart Tokayev menggelar perebutan pembelian gula di kedai-kedai adalah ‘memalukan’ semasa mesyuarat kerajaan hari ini dan mengecam pihak berkuasa atas ‘kesilapan serius’ itu.

    “Kerajaan perlu segera membangunkan projek berasingan bagi penubuhan industri gula,” katanya.

    “Matlamatnya adalah jelas untuk mengurangkan kebergantungan import, peralihan beransur-ansur kepada mampu sara diri,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...