Presiden Kazakh lantik pembantu baharu

NUR-SULTAN, 4 MEI – Presiden Kazakhstan hari ini melantik pembantu atasan menjadi senator selepas menyingkirkan anak perempuan bekas presiden dalam satu langkah mengejutkan, sekali gus mencetuskan konspirasi satu perebutan kuasa.

Perintah pelantikan disiarkan di laman web Presiden Kassym-Jomart Tokayev mengatakan bekas ketua timbalan pentadbirannya, Maulen Ashimbayev akan menjadi senator susulan pemecatan Dariga Nazarbayeva pada Sabtu.

Ashimbayev pada Isnin dilantik sebulat suara sebagai speaker dewan tinggi – satu kedudukan yang dipegang Nazabayeva sebelum pemecatannya dan yang kedua dalam laluan menjadi presiden.

Nazarbayeva, 56, merupakan anak perempuan pemimpin pasca merdeka pertama Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev yang mengekalkan kuasa rasmi signifikan meskipun bersara tahun lalu selepas tiga dekad memegang tampuk kuasa. – AFP