Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Presiden Korea Selatan mohon maaf insiden Itaewon

    SEOUL, 7 NOV – Presiden Yoon Suk-yeol hari ini memohon maaf kepada rakyat Korea Selatan atas insiden rempuhan maut di Itaewon dan akan memastikan siasatan menyeluruh dilaksanakan ke atas mereka yang bersalah dipertanggungjawabkan.

    Yoon mengemukakan permohonan maaf itu semasa sesi mesyuarat bagi mengkaji kawalan kumpulan dan peraturan keselamatan lain susulan tragedi yang mengorbankan 156 jiwa pada 29 Oktober, lapor Yonhap.

    “Saya tidak berani membandingkan diri saya dengan ibu bapa yang kehilangan anak mereka, tetapi sebagai presiden yang sepatutnya melindungi nyawa dan keselamatan rakyat, saya turut berduka.

    “Saya memohon maaf kepada keluarga yang berduka dan seluruh negara,” katanya.

    Kenyataan itu dilihat sebagai permohonan maaf rasmi pertamanya kepada negara, meskipun sebelum ini beliau turut menzahirkan pemohonan maaf semasa upacara keagamaan bagi memperingati mangsa tragedi.

    Yoon mengulangi gesaannya kepada kerajaan untuk menangani akibat daripada tragedi itu dengan cara bertanggungjawab dan menambah baik peraturan keselamatan sedia ada untuk menjadikan negara lebih selamat.

    “Saya akan memastikan kebenaran dirungkai secara menyeluruh berhubung tragedi ini dan mendedahkan proses itu kepada orang ramai secara telus tanpa sebarang keraguan,” katanya.

    Mesyuarat itu turut dihadiri perdana menteri, menteri kewangan, menteri dalam negeri, para anggota kabinet yang lain dan pakar awam mengenai isu bencana dan keselamatan serta polis barisan hadapan dan bomba termasuk penggubal dasar. – Bernama

    Presiden Yoon Suk-yeol memberi penghormatan kepada mangsa tragedi Itaewon di mesyuarat pemeriksaan sistem keselamatan kebangsaan di pejabat presiden di Seoul, 7 November. –ANN/Korean Herald
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...