SEOUL, 12 JAN – Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol tidak akan menghadiri sesi pendengaran pertama kes pendakwaannya minggu ini atas faktor keselamatan, lapor agensi berita Yonhap yang memetik kenyataan peguamnya hari ini.
Peguam yang mewakili Yoon, Yun Gap Geun, memaklumkan Mahkamah Perlembagaan akan mengadakan sesi hujahan lisan pertama berhubung perbicaraan pendakwaan terhadap Yoon pada Selasa.
Manakala penyiasat sedang berusaha menahan presiden yang didakwa itu bagi disoal siasat dalam kes berasingan berkaitan pelaksanaan undang-undang tentera yang hanya bertahan seketika.
Presiden yang didakwa itu akan hadir ke perbicaraan jika isu berkenaan dapat diselesaikan, tambah Yun. – Bernama
