Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Presiden Laos puas hati perkhidmatan tren Laos-China

    VIENTIANE, 11 FEB – Perkhidmatan tren yang menghubungkan Laos dan China telah memudahkan perjalanan rakyat di antara kedua-dua negara, di samping melancarkan perkhidmatan penghantaran barang, kata Presiden Laos Thongloun Sisoulith.

    Beliau berpuas hati melihat perkhidmatan pengangkutan itu dikendalikan secara teratur dan cekap sejak mula beroperasi dua bulan lalu.

    “Kereta api laju ini selamat dan selesa, hasil dedikasi pemain industri rel dua negara,” katanya ketika berkongsi pengalaman menaiki tren Unit Gandaan Elektrik (EMU), Lane Xang di sini, baru-baru ini.

    “Saya berharap seluruh rakyat Laos dapat menikmati kemudahan itu dan mendapat manfaat daripada Inisiatif Jalur dan Laluan,” tambah beliau.

    Menurut statistik, perkhidmatan tren EMU sehingga 5 Feb lepas mencatatkan 116 kali perjalanan, dan membawa 108,770 penumpang, dengan purata 1,699 penumpang sehari. – Bernama

    Gambar fail perasmian perkhidmatan tren Laos-China pada 4 Disember lalu. Presiden Laos melahirkan puas hati atas perkhidmatan tren itu yang memudahkan perjalanan barangan dan penduduk antara kedua-dua buah negara. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...