Presiden Lyon tidak pasti nasib Ligue 1

LYON, 29 APRIL – Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas kelmarin berkata dia ‘tidak pasti’ musim Ligue 1 akan dibatalkan, meskipun Perdana Menteri Perancis, Edouard Philippe berkata bahawa bola sepak profesional mungkin tidak akan dimainkan di negara itu sehingga bulan September.

Kelmarin, Philippe berkata bahawa ‘liga-liga suka profesional 2019-2020, seperti bola sepak, tidak boleh disambung semula’.

Walau bagaimanapun, menteri sukan Perancis memberitahu AFP selepas memberi ucapan bahawa jadual sukan tidak dapat dilangsungkan walaupun tanpa kehadiran peminat sebelum penghujung bulan Julai, memberikan kemungkinan sebahagian perlawanan akan dilangsungkan pada bulan Ogos.

“Adakah ini bermakna kejohanan telah berakhir? Saya tidak pasti,” Aulas memberitahu AFP.

“Oleh sebab kejuaraan belum lagi ditentukan, saya rasa mereka perlu melakukan segala-galanya untuk mencari penyelesaian alternatif, dengan melangsungkan beberapa perlawanan play-off semasa bulan Ogos atau menundanya sehingga musim hadapan sehingga 15 April. – AFP