Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    Presiden MASCA letak jawatan

    PUTRAJAYA, 9 JUN – Arena sukan Malaysia kembali bergelora apabila Datuk Michael Wong hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) berkuat kuasa serta-merta.

    Peletakan jawatan Michael itu susulan kekecewaannya terhadap layanan suram terhadap persatuan tersebut terutama menjelang temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 bermula 23 September sehingga 8 Oktober ini.

    Mengakui sudah lama bersa-bar, kemuncak kekecewaan Michael adalah ketika Mesyuarat Pra-Pemilihan Atlet dan Pegawai ke Sukan Asia Hangzhou 2022 di Kuala Lumpur baru-baru ini, apabila skuad perlumbaan bot tradisional kebangsaan seolah-olah dinafikan daripada mengambil bahagian di temasya sukan itu.

    Beliau mendakwa skuad kebangsaan menepati kriteria Kategori B untuk beraksi di Hangzhou, namun wakil Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan hanya sukan di bawah Kategori A akan dihantar bertanding, serta ia adalah arahan pihak tertentu susulan pencapaian mengecewakan kontinjen negara di Sukan SEA 2023 di Kemboja, baru-baru ini. – Bernama

    Michael meletak jawatan sebagai presiden MASCA susulan kekecewaannya terhadap layanan suram terhadap persatuan tersebut. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...