Wednesday, November 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Presiden Mexico cadang rombak sistem p’raya

    MEXICO CITY, 29 APRIL – Presiden Mexico Andres Manuel Lopez Obrador pada Khamis berkata beliau bercadang mengemukakan rang undang-undang kepada Kongres bagi merombak sistem pilihan raya negara itu, lapor Xinhua.

    Pembaharuan yang dicadangkan termasuk menggantikan Institut Pilihan Raya Negara berautonomi yang menganjurkan pilihan raya, menghapuskan perwakilan berkadar dalam Kongres, yang dijangka mengurangkan kos sehingga 24 bilion peso (AS$1.2 bilion).

    “Pembaharuan terhadap Perlembagaan mengenai Pilihan Raya bakal mewujudkan Institut Pilihan Raya dan Rundingan Kebangsaan, menggabungkan pilihan raya serta memansuhkan pelbagai badan kawal selia yang kini bertanggungjawab menguruskan pilihan raya di setiap negeri. Pembaharuan itu akan menamatkan ‘penipuan dalam pilihan raya’ dan menjamin ‘pelaksanaan demokrasi,’ kata Lopez Obrador dalam sidang media kelmarin. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda