Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Presiden Napoli letak syarat sebelum beli pemain

    ROM, 3 OGOS – Napoli hanya akan menandatangani pemain baharu dari Afrika atau Amerika Selatan sekiranya mereka bersetuju untuk tidak menyertai kejohanan bersama pasukan kebangsaan, menurut Presiden Napoli, Aurelio de Laurentiis.

    “Saya tidak mahu mereka bermain di Piala Negara-negara Afrika atau kejohanan Amerika Selatan.” De Laurentiis berkata semasa temu bual disiarkan malam kelmarin.

    Beberapa orang pemain utama Napoli adalah dari Afrika.

    Musim lalu, mereka kehilangan tonggak utama pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly, yang kini menyertai Chelsea, dan pemain tengah Cameroon, Frank Zambo-Anguissa disebabkan bermain di Piala Negara-negara Afrika pada Januari dan Februari.

    Penyerang Nigeria, Victor Osimhen terlepas daripada menyertai kejohanan selepas disahkan positif dijangkiti COVID.

    Gambar fail reaksi Kalidou Koulibaly semasa mewakili Napoli. Presiden Napoli berkata kelab itu hanya akan menandatangani pemain baharu dari Afrika atau Amerika Selatan sekiranya mereka bersetuju untuk tidak menyertai kejohanan bersama pasukan kebangsaan. – AP

    “Saya tidak mahu bercakap mengenai pemain dari Afrika,” de Laurentiis memberitahu Wall Street Italia.

    “Semasa kejohanan dan perlawanan kelayakan Piala Dunia di Amerika Selatan, kami tidak dapat menurunkan mereka!”

    “Kami terpaksa mengeluarkan duit untuk membayar gaji pemain tetapi mereka bermain di tempat lain.”

    Piala Negara-negara Afrika diadakan setiap dua tahun pada Januari dan Februari dengan edisi tertunda seterusnya akan diadakan pada Januari 2024 di Ivory Coast, iaitu semasa musim Eropah.

    Copa America juga dilangsungkan setiap dua tahun dengan peringkat final diadakan pada Jun dan Julai tetapi perlawanan kelayakan Piala Dunia diadakan semasa musim Eropah.

    Kelab-kelab dimestikan untuk membenarkan pemain-pemain mereka untuk menyertai skuad kebangsaan semasa jadual rasmi perlawanan antarabangsa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...